Setelah setahun menderita penyakit leukimia, akhirnya isteri saya telah kembali kerahmatullah pada april 24, 2012. Saya ucapkan terimakasih kepada semua teman fb chantekcotton yg menyokong allahyarmah semasa hayatnya. Untuk makluman semua dia menjual produk ini dari atas katil hospital dgn penuh sokongan dari saya. Saya cuba sedaya upaya untuk gembirakan isteri saya walaupun beliau menderita selama setahun. Biz ini akan diambil alih oleh adik saya dalam masa terdekat. Harap teman2 semua akan terus menyokong chantekcotton hasil usaha Eliza sebagai pengasasnya. Saya akan cuba update perkara berkaitan dalam masa terdekat. Alfatihah @ ariffsani suami allahyarhamah Eliza @ 0196688844
Saya masih terasa kehilangan dan terkejut dengan beri pemergian kawan saya ..walaupun baru beberape kali membeli kain dari Allahyarham.. tetapi dari bual bicara beliau melalui telefon membuatkan saya terasa seperti sudah lama mengenalinya..arwah dapat saya rungkaikan dengan lebih ringkas beliau seorang yang sangat friendly, ceria, dan sangat mudah didekati.baru rasanye mendengar suaranya yang mengatakan beliau di hospital..saya ingatkan dia hanya sakit biasa.saya tanya akak sakit aper yer..sebab berada dihospital dlm masa yg lama...tapi dia tak menceritakan keadaan beliau..tapi hanya ketawa kecil..subhanalllah maha suci allah yang menjadikan dia begitu tabah dalam perjuang dengan penyakitnya.
semoga suaminya merelakan pemergian arwah dan mereka sentiasa tabah dan kuat semangat..
Innalillah hi wainnaliallh hi roji'un